Fail:Napoli BW 2013-05-16 16-24-01 DxO.jpg

 

Alexander Agung atau Iskandar Agung (Alexander III dari Empayar Macedonia Greek; bahasa Greek Μέγας Αλέξανδρος, ditransliterasikan sebagaiMegas Alexandros; Julai 356 SM10 Jun 323 SM) ialah raja Empayar Macedonia Greek (bahasa Greek: Βασιλεύς Μακεδόνων), sebuah negara di daerah timur laut Greece dan dianggap sebagai salah satu daripada pemerintah yang amat berjaya dalam sejarah dunia. Beliau menakluk hampir seluruh dunia yang dikenali oleh orang Yunani sebelum kematiannya.

Selepas penyatuan kesemua negara kota Yunani di bawah pemerintahan ayahandanya, Philip II dari Macedonia, (suatu tugas yang Iskandar terpaksa ulangi kerana orang Yunani selatan memberontak selepas kematian Philip), Iskandar menakluk Empayar Parsi, termasuklah Anatolia, Syria, Phoenicia,Gaza, Mesir, Bactria, serta Mesopotamia, dan memperluaskan sempadan empayarnya sehingga kawasan Punjab. Alexander menyerap orang-orang asing (bukan orang Macedonia dan Yunani1) ke dalam angkatan tentera dan pentadbirannya, dan oleh itu, menyebabkan sebilangan cendekiawan memberikan penghargaan kepadanya untuk “polisi pergabungan”. Beliau menggalakkan perkahwinan antara askar-askarnya dengan orang-orang asing, serta turut mengamalkan galakannya itu. Selepas dua belas tahun kempen tentera yang berterusan, Alexander meninggal dunia, mungkin disebabkan oleh demam malaria atau tifoid, atau juga virus ensefalitis. Penaklukannya mengambil kira penempatan orang Yunani serta pemerintahan kawasan asing selama berabad-abad lamanya dan tempoh itu dikenali sebagai Zaman Yunani. Alexander terus dikenang dalam sejarah dan mitoskebudayaan Yunani serta bukan Yunani. Semasa hidupnya dan khususnya, selepas kematiannya, kehandalan Alexander telah menjadi ilham sebuah tradisi kesusasteraan yang mana beliau muncul sebagai wira legenda dalam tradisi Achilles.

 

Kehidupan awal

 

Alexander Agung ialah anak kepada Maharaja Philip II dari Empayar Macedonia dan Puteri Olympias dari Epirus.Kononnya, Menurut Plutarch (Alexander 3.1,3), Olympias dibuntingkan oleh Zeus Ammon, dan bukannya Philip yang takut akan Olympias dan kegemaran Olympias untuk tidur dengan ular. (Namun ini tidak boleh diterima seccara logik) Plutarch (Alexander 2.2-3) menceritakan bahawa kedua-dua Philip dan Olympias bermimpi tentang anak yang akan dilahirkan. Olympias bermimpi tentang dentuman guruh dan kilat yang memanah rahimnya. Dalam mimpi Philip, baginda mengecap rahim isterinya dengan mohor singa. Berasa cemas oleh mimpi-mimpi itu, baginda berunding dengan peramalnya, Aristander dari Telmessus, yang menentukan bahawa isterinya hamil dan anaknya akan mempunyai sifat singa. Menurut lima orang ahli sejarah kuno (Arrian, Curtius, Diodorus, Justin, dan Plutarch), selepas lawatannya ke tempat keramat Amun di Siwa, khabar-khabar tersebar bahawa ramalannya telah mendedahkan ayahanda Iskandar sebagai Zeus, dan bukannya Philip. Menurut Plutarch (Alexander 2.1), ayahandanya adalah dari keturunan Heracles melalui Caranus, dan ibundanya dari keturunan Aeacus melalui Neoptolemus dan Achilles.

Aristotle ialah guru peribadi Alexander. Beliau memberikan latihan yang teliti kepada Iskandar dalam bidang retorik dan kesusasteraan serta merangsangkan minatnya terhadap sains, perubatan dan falsafah. Aristotle juga memberikan beliau sebuah salinan Illiad dan sebilah pisau yang beliau sentiasa sorokkan di bawah bantal pada

 

source : http://ms.wikipedia.org/wiki/Alexander_Agung